Sunday, December 2, 2012

Treasuring heart. ;)




Perbezaan suka dan cinta.

1. Bila berdepan dengan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tetapi bila berdepan dengan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim hanya berangin saja.

3. Pabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tetapi  pabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4. Di depan orang yang kita cinta, kita akan malu. Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kita akan menjadi kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yan kita suka, kita bebas berkata apa saja.

6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita sentiasa merenung mata orang yang kita suka.

7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan menangis juga. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba membuat si dia gembira.

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap manusia akan mengalaminya.


Cinta, sayang, minat dan suka.

Cinta - Kita memang selalu mengharapkan si dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin cuba tak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa memikirkannya. Dalam erti kata lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpa di, kita akan berasa sunyi. Dan kita cintakan dia sepenuh jiwa dan raga dengan hati yang ikhlas walaupun dia buat tak tahu.

Sayang - Kita memerlukan dia bila kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia, suka dan duka. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah yang kita punya. Dalam erti kata lain, sayang ditujukan kepada sesiapa yang boleh membazirkan masanya untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita. Kadangkala kita juga boleh menyakitkan hatinya kerana kita bukannya CINTA kepadanya.

Suka - Kita sukakannya kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersamanya, kita sentiasa tergelak sampai sakit-sakit perut. Kita mungkin akan rindukan dia bila tiada dia disisi. Dalam erti kata lain, suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak dalam hidup kita.

Minat - Ada sesuatu dalam dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Dalam erti kata lain, minat ditujukan kepada seseorang yang mempunyai sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.

Terokai hatimu secara ikhlas. :)